Status Halal Minyak Yu Yee

Selasa, 29 Januari 2013



Soalan

Ustaz saya nak tanya status minyak yuyi Halal atau tidak ? Kerana di laman sosial Facebook mengatakan ia tidak HALAL munurut pengesahan dari tokey kedai sendiri ada campuran minyak babi. Minta penjelasan ustaz.


Jawapan

Mengenai minyak Yu Yi, sehingga ke hari ini pengusaha minyak tersebut masih belum memohon status produk halal daripada Bahagian Halal JAKIM, MAIN (Majlis Agama Islam Negeri) ataupun JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri) dari mana-mana negeri di Malaysia.

Oleh itu, status kehalalan minyak angin tersebut masih belum dapat dikenal pasti lagi.

Pesanan buat anda dan juga kepada para pengguna Islam yang lain, jangan jadikan laman-laman sosial sebagai rujukan dalam isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam. Sila hubungi badan-badan atau jabatan-jabatan yang berautoriti untuk dapatkan maklumat dan penjelasan yang lebih meyakinkan mengenainya.

Dari itu, anda dicadangkan supaya menghubungi Bahagian Halal JAKIM di talian,
03-83150200 untuk dapatkan maklumat mengenainya.

Ringkasnya, jika anda ragu dengannya, beralihlah kepada produk minyak angin yang lain yang telah mendapat status halal yang sah.

Wallahu 'alam.

sumber : islamgrid.gov.my

0 comments:

Catat Ulasan

Langgan

Masukkan email anda untuk mendapatkan artikel daripada kami
terus ke email anda secara percuma




Sahabat Blog

 
Design by Chicablogger | Contact Us | Creative Commons
Cinta Pencipta © 2013 by Deen Media
^